Friday, February 10, 2012

Home » Penyakit Gout, Simptom, Kesan dan Cara Merawat

Penyakit Gout, Simptom, Kesan dan Cara Merawat

Penyakit gout seringkali menyerang lelaki biasanya dan wanita jarang mengalaminya kecuali selepas menopous.

Penyakit gout juga sering dikaitkan dengan penyakit orang kaya kerana ianya berkait rapat juga dengan pemakanan yang mengandungi banyak protein. Gout terjadi kerana pengumpulan asid urik di bahagian tertentu pada sendi dan tisu lembut terutamanya pada kaki.

Asid urik ini adalah bahan buangan hasil pemecahan protein yang mana jika tidak dibuang dari badan akan mengumpul di sendi-sendi dan ia membentuk hablur kristal. Asid urik berlebihhan inilah yang akan mnyebabkan sakit gout di mana pesakit yang menghidapnya akan mengalami kesakitan yang amat pada bahagian kaki terutamanya selain rasa panas dan bengkak pada pergelangan kaki.

Amalan pemakanan yang seimbang amat perlu dalam mengawal penyakit gout ini. Pesakit yang menghidapnya hendaklah menjauhi bahan makanan atau hasil laut yang berprotein tinggi contohnya sotong, udang dan ketam. Pesakit gout juga tidak boleh mnegmabil sardin dan ikan bilis. Pesakit gout juga SANGAT DIGALAKKAN MENGAMBIL banyak air beralkali untuk menyingkirkan asid urik dalam badan.Kebiasaan pesakit gout dirawat dengan ubat-ubatan (drugs) yang kesan jangka panjang boleh menjejaskan diri pesakit. Cara lain yang lebih semulajadi untuk merwat gout adalah seperti berikut.

Tips pemakanan untuk pesakit gout:

1. Pengambilan Omega - Omega 3 fatty asid dikenali sebagai bahan antiradang yang sesuai untuk pesakit gout mengurangkan bengkak dan sakit pada sendi di bahagian kaki. Satu kajian dibuat untuk perbandingan antara ibuprofen (non-steroidal anti-inflammatory drug) dan juga omega 3. Sudah tentu omega 3 adalah pilihan yang lebih selamat dan semulajadi.

2. Minum banyak air beralkali - PERFORMANCE DRINKS adalah satu pilihan kerana ianya memelihara kandungan bendalir dalam badan seterusnya mengelakkan dehidrasi. Pesakit gout amat memerlukan air yang mencukupi untuk proses perkumuhan asid urik.




Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email wfatihanum@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...