Pages

Wednesday, August 27, 2014

Perbezaan Breastmilk Jaundice dan Breastfeeding Jaundice


Jaundice atau kuning adalah normal biasa berlaku pada bayi yang dilahirkan. Kadangkala ia akan muncul pada hari 1-3 dan seterusnya dan akan hilang sepenuhnya dalam masa dua minggu.

Sebenarnya tiada apa perlu dirisaukan jika kadar kuning atau jaundis itu tidak membahayakan.



breastfeeding jaundice


Bagaimana mengenal bayi terkena jaundice (sakit kuning)?

Ibu bapa boleh perhatikan mata putih, muka, abdomen bayi anda. Tekan dengan lembut kulit tersebut dan anda boleh perasan kekuningan pada kulit bayi. Sebenarnya kuning pada bayi adalah normal kecuali jika bacaan kuningnya melebihi 21mg/dL. Jika bacaan sebegini bayi anda perlu diberikan rawatan fototerapi. Tetapi jika bacaan melebihi 25mg/dL bayi anda mungkin perlu dibuat rawatan penggantian darah. Boleh rujuk pakar kanak-kanak serta merta jika bayi anda menghadapi keadaan ini.


Bagaimana jaundis (kuning) boleh berlaku?

Sel-sel darah merah akan diuraikan oleh badan dan bahan yang terurai ini dinamakan sebagai bilirubin. Bilirubin yang berlebihan akan dikumuhkan dan dikeluarkan oleh badan melalui penyingkiran oleh hati seterusnya melalui air kencing. Tetapi pada sesetengah bayi yang masih lagi belum sempurna fungsi hatinya, bilirubin tidak dapat dikeluarkan dengan effektif maka ia akan tersimpan dalam badan dan akan menyebabkan kekuningan pada bayi.


Adakah jaunis ini bahaya?

Ianya adalah normal berlaku pada bayi yang baru dilahirkan dimana ia kemungkinan akan muncul pada hari ke 2 hingga seminggu kelahiran. Tetapi anda kena ambil sedikit perhatian jika bayi anda mempunyai tanda kuning dalam tempoh 24 jam selepas kelahirannya kerana ia mungkin mempunyai masalah sejak lahir. Perlukan perhatian dan rujuk segera pakar kanak-kanak anda.

Jika jaundis ini berlarutan melebihi seminggu, maka anda boleh anggap ada yang tidak kena dan ibu bapa boleh kenal pasti kemungkinan anak anda mempunyai masalah breastmilk jaundice atau breastfeeding jaundice.

Apa bezanya antara breastmilk jaundice dan breastfeeding jaundice ini?

Breast milk jaundice berlaku pada bayi yang mempunyai tanda-tanda kuning yang berlarutan melebihi seminggu. Kemungkinan kerana dalam susu ibu sendiri mengandungi satu jenis protein yang menghalang proses penguraian bilirubin ini. Langkah selamat yang ibu perlu buat adalah berhentikan serta merta penyusuan bayi anda (sudah tentu anda kena pam susu untuk pastikan supply tidak terganggu) untuk sementara. Behentikan dulu penyusuan untuk sementara dan perhatikan kadar kuning samada berkurangan atau tidak. Jika ianya berkurangan maka selepas itu anda boleh teruskan kembali penyusuan seperti biasa.

Breastfeeding Jaundice pula berlaku jika bayi tidak mendapat cukup susu badan. Salah satu cara untuk merawat jaundis adalah dengan susukan bayi sekerap mungkin tapi kalau bayi anda tidak mendapat bekalan susu yang mencukupi maka bayi anda mungkin juga boleh terkena breasfeeding jaundice.


Apa saya perlu buat jika bayi saya mengalami breastfeeding jaundice?


  • susukan bayi anda sekerap mungkin, perlu 12 kali penyusuan dalam masa 24 jam.
  • pastikan pelekapan yang sempurna iaitu bayi anda dapat 'latch' dengan betul. Cara latch (pelekapan untuk penyusuan) yang betul adalah dengan mulut bayi melekap pada aerola dan susu disedut melalui tekanan pada aerola itu bukannya pada puting.
  • Jangan campur dengan minuman lain untuk menggantikan susu ibu, jangan berikan bayi anda cecair lain kerana ia kemungkinan akan memburukkan lagi masalah breastfeeding jaundice ini. 


Bolehkah kuning pada bayi atau jaundice ini dielakkan?

Secara kebiasaannya ia bukan sesuatu yang boleh dielak. Tetapi anda boleh memperbaiki keadaan dengan membuat perkara-perkara berikut:

  • susukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan. Lagi cepat anda menyusukan bayi anda, lagi kerap bayi menyusu dan lagi kerap bayi membuang maka lagi rendah peratusan kuning/jaundis yang akan berlaku padanya.
  • Jaga pemakanan anda sewaktu hamil supaya anda mendapat lengkap nutrisi yang diperlukan semasa hamil dan bayi yang dikandung juga akan mendapat khasiat yang sama.
  • Elakkan mengambil ubat-ubatan atau herba yang tidak diketahui asalnya hanya dengan sebab kata-kata orang atau cadangan orang lain yang belum terbukti secara saintifik boleh mengelakkan kekuningan pada bayi.


Bahayakah jika jaundis terlalu tinggi?


Ye ia boleh jadi merbahaya kerana bayi anda mungkin akan terkena jangkitan di otak iaitu kernikturus. Ia sangat bahaya kerana bilirubin ini akan menembuhi lapisan otak. Ia boleh menyebabkan kematian, lumpuh, buta atau pekak pada bayi.







Oleh itu, walau jaundis ini tidak merbahaya tetapi sebagi ibu anda boleh pantau tahap kuning anak anda dengan perhatikan tanda-tanda yang dinyatakan. Jika ianya nampak tidak normal cepat-cepat bawa ke hospital.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagi yang berminat dengan SET IBU HAMIL SHAKLEE anda boleh dapatkan di sini dengan klik link di bawa. Anda boleh buat pesanan sendiri secara online dengan kaedah dibawah dan terus set vitamin akan dipos terus ke rumah anda menggunakan kurier yang sah dari shaklee.



Ianya DIJAMIN TRANSAKSI SELAMAT, MUDAH DAN MEYAKINKAN TANPA ORANG TENGAH!






TESTIMONI SET IBU HAMIL SHAKLEE

vitamin ibu hamil


vitamin untuk hamil




================================================================


Mahu dapatkan dengan harga ahli?

Bagaimana mahu menjadi ahli shaklee secara sah?

Anda mahu jadi ahli shaklee dan ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:






** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
Email: wfatihanum@yahoo.com
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

No comments:

Post a Comment

Jangan segan-segan nak komen sini tau:)
Salam Ukhwah:)