Pages

Wednesday, November 27, 2013

Basuh Anggur Dengan Basic H


Ini adalah entry tertunda. Dari beberapa hari yang lepas ingin bercerita pasal ni tapi almaklumlah saya adalah surirumah bergaji maka haruslah masa juga limited. Limited edition gitu:)

Hari minggu haritu kami ke Giant untuk beli barang dapur. Biasalah bila lalu section buah buahan mata terpana dengan anggur tanpa biji ni. Murah pulak tu, apa lagi dengan rasa tamaknya belilah 2 plastik. Bukan saya yang tamak tapi suami yang tamak kerana dia yang menyuruh untuk beli 2 hehehe.

Biasalah anggur ni atau mana-mana buah tu ada disembur bahan apa tah yang bagi tahan lama tu. Ala yang macam berdebu tu. Haruslah dibasuh sebelum makan. Tapi kalau basuh dengan air macam tu je jadi tak puas hati sebab kesan racun tu tak hilang sepenuhnya kan. Degil sungguh kau ye. Maka ada orang biasa basuh dengan pencuci botol susu anak. Tapi saya ada sesuatu nak bagitau semua, saya menggunakan Basic H sebab saya yakin ia adalah selamat. Kenapa? Baca ni.

"Basic H2 is 99.95% all natural and made from water, Alkyl Polyglucoside (from corn & coconut), Ethyoxylated Fatty Alcohol (from coconut), Xanthan Gum (from vegetables) and Methyl Chloro Isothiazolinone (biodegradable preservative)"

Tu dia, bahan-bahan semulajadi ye, dari jagung, kelapa, sayuran. Nak takut apa kan? Dari dok guna yang bukan-bukan tu. Kenapa nama dia Basic H? Kerana ia bersumberkan air. Aduhai kutelah jatuh cinta pandang pertama. Bukan sahaja boleh basuh buah-buahan dan sayur malah saya sental botol susu anak pun dengan rendam dalam basic H jugak. Lagi satu masa basuh pinggan tu saya campurkan beberapa titik ke dalam sabun cecair pencuci pinggan tu. Untuk jaga kulit katakan, mahukan semuanya semulajadi.



kegunaan basic h shaklee
tangan suamiku menuang basic H

fungsi basic h
rupa sebenar tanpa direndam dalam basic H


basuh buah dengan basic h shaklee
upacara mandian puteri anggur


basuh buah dan sayur dengan basic h
bersih suci murni setelah ber SPA tadi

Simpan satu kat rumah tau, tak rugilah. Kalau mampu beli botol susu anak maka nak beli Basic H haruslah terlebih-lebih mampu. Untuk kesihatan sekeluarga jugak kan. Selamat mencuba:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email wfatihanum@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

1 comment:

  1. saya pun nak cuba....nampak sungguh perbezaan colour buah anggur

    ReplyDelete

Jangan segan-segan nak komen sini tau:)
Salam Ukhwah:)