Pages

Monday, November 25, 2013

Resepi Siakap Stim Limau


Resepi pagi merangkap ke petang hari. Biasanya saya hanya memasak pada hari bekerja sahaja dan hari minggu adalah waktu untuk makan di luar (bagi can la mama nak bersantai dan rehat pulak). Saya mulakan aktiviti memasak di awal pagi biasanya menu adalah simple sahaja sesuai dengan keluarga yang tidak berapa besar ni. Satu resepi untuk anak-anak dan satu resepi untuk kami suami isteri.

Semalam teringin nak makan siakap stim limau, apalagi kebetulan ada pasar tani di pagi ahad, sempatlah membeli bahan kepeluan untuk buat siakap stim limau ni. Sebenarnya resepi ni bukanlah resepi sebenar. Entahla saya pun tidak tahu resepi dan bahan sebenar yang digunakan untuk membuat siakap stim limau yang sedap tapi saya sekadar mencuba buat ikut citarasa sendiri sahaja. Biasalah pegi kedai makan ada sesekali order siakap stim limau ni. Maka dari situ tengoklah bahan-bahan yang diguna, balik rumah cubalah buat. Bukan payah benar antara sedap dengan tidak je hehehhe.

Ok saya kongsikan resepi yang tidak seberapa ini mana tahu anda yang mahu berdiet amat sesuai amalkan masakan stim ni apatah lagi disertai limau yang amat baik untuk menyingkirkan lemak-lemak yang bermaharajalela kan.

siakap stim limau


BAHAN-BAHAN RESEPI SIAKAP STIM LIMAU


  • Ikan Siakap 
  • daun ketumbar
  • tomato
  • halia
  • garam
  • gula
  • limau nipis
  • bawang putih
  • cili merah
  • serai
  • jagung muda
caa buat siakap stim limau


CARA MASAKAN

1. Panaskan bekas stim dahulu sebelum menyediakan bahan-bahan.
2. Potong halia ikut suka rekabentuk apa yang korang minat hehehe tapi saya potong memanjang. Taburkan dalam bekas untuk mengukus.
3. Bawang putih ditumbuk kasar, campakkan ke dalam bekas pengukus.
4. Masukkan semua bahan-bahan tadi, titikkan serai, potongan cili merah, perahkan asam limau, tomato, daun ketumbar, jagung muda, garam dan gula secukup rasa.
5. Stimkan lebih kurang 20-30 minit.
6. Tadaaaaa, dah siap.

Mudah je nak masak ni dan jimat masa sebab masa aktiviti stim tu kita bolehlah buat kerja lain. Bolehlah kemas rumah, lipat kain bagai lagi. Tak leceh langsung dan makan pun sedap:)
Selamat mencuba...

resepi siakap stim limau





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email wfatihanum@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Jangan segan-segan nak komen sini tau:)
Salam Ukhwah:)